JANGAN MENCARI TERLALU "SEMPURNA"
Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail...
Hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja...
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya...
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup...
Begitulah juga...
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada
seseorang...
Setelah ia mula MENYAYANGI kamu...
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu
sahaja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu...
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi
dia masih mengingati kamu....
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada...
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia
begitu teguh...
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja...
Kerana apabila ia mulai RETAK...tidak sukar untuk kamu
menampal dan memperbaikinya semula....
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja...
Begitulah juga....
Jika kamu sedang memiliki seseorang...TERIMALAH dia
seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan menganggapkan
dia begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa...
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN...tidaklah sukar
untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN
hubungan kamu akan KEKAL hingga ke akhir hayat...
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia
begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan
sikapnya...
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja...
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu...
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT...
Mengapa kamu berlengah lagi ? Cuba mencari makanan yang
lain...
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN...
Kelak,nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh
menikmatinya lagi...
Kamu akan MENYESAL...
Begitulah juga...
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada
dirimu...
MENYAYANGIMU...MENGASIHIMU...dan
MENCINTAIMU...
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain...
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN...
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan
KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain...
Kamu juga akan MENYESAL dan tidak ada gunanya
lagi...
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang
sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN
orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA
sebagai seorang manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang
kita sudah MILIKI....Kita akan BAHAGIA,BAHAGIA dan
terus BAHAGIA...itu lebih BERMAKNA !!!
"Begitu hidup ini tiada yg abadi yg patah kan tumbuh
yg hilang kan berganti,namun...
yg berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang"